Latihan Asas Komputer (Microsoft Excel) & KDB
4 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 3 Februari 2018, telah diadakan latihan asas komputer (Microsoft Excel) bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 10 Pusat. Sepanjang latihan diadakan mulai dari 3.00 hingga 5.00 petang, peserta-peserta mendapat banyak faedah dari latihan tersebut.
Seramai 10 pelajar telah menyertai latihan asas komputer ini. Mereka juga didedahkan dengan KDB bagi mendidik cara penggunaan internet dengan lebih bijak.
Berikut adalah kebaikan dan kelebihan menghadiri program yang dianjurkan:
Program ini membolehkan peserta mempelajari cara menggunakan Microsoft Excel dan ini sekaligus dapat menambah ilmu pengetahuan dan dapat meningkatkan kemahiran mengggunakan komputer.
Peserta program turut didedahkan dengan cara penggunaan internet secara lebih bijak.
Berikut adalah antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini dijalankan
- Petugas Pusat Internet 1 Malaysia memberi latihan asas Microsoft Excel kepada peserta-peserta.
- Peserta-peserta diberi pendedahan tentang cara menggunakan kemudahan internet secara lebih bijak.
- Peserta-peserta turut membuat aktiviti latihan bagi mendapatkan lebih pemahaman dalam sesi pembelajaran tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: